~ Ku berlari mengejar mimpi dan angan-angan agar menjadi realiti ~

Wednesday, February 24, 2016

Apa itu Gold Bar?




TENTANG GOLD BAR

1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
6. Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua, sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000 
7. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi. 
8. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
9. Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.


Matawang Islam - Dinar


Hari ni dla nak share sikit pasal dinar.
Dinar ni sebenarnya adalah matawang rasmi pada zaman Nabi Muhammad lg.

1dinar masih lg mempunyai berat yg sama iaitu 4.25gram. Tak pernah berubah.
Bayangkan seekor kambing pada zaman nabi berharga 1dinar.

Pada zaman teknologi era 20an, harga seekor kambir masih lagi RM700 keatas bersamaan dgn harga 1dinar.! :D

Jom kite check ape yang best sgt pasal dinar ni,

By the way, dinar keluaran Amethyst Gold Creation ni..sangatlah cantik!

Dla suka sangat.hee

Kalau ada duit, mmg tiap-tiap2 bulan dla nak beli 1dinar emas untuk tabungan masa depan.

Jom kita check, ape kelebihan dinar.


KELEBIHAN DINAR 

1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kawin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan.
7. Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
8. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
9. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
10. Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

Ni 1dinar dla gambar dari depan dan belakang. Cantik kan? <3
Perunding Emas Online
Stokis Sah Powergold.
Founder DshyGoldEmpire
012.281.4240


Popular Posts

Copyright 2014. Powered by Blogger.